Wednesday, March 13, 2013

Samsung Galaxy S3



Samsung Galaxy SIII atau S3 ini "direka bentuk untuk manusia" dan alam menjadi ilhamnya. Itulah kata-kata yang digambarkan oleh Samsung.  Menurut Samsung, fon pintar ini bertindak pintar dan memenuhi keperluan anda dengan berfikir seperti anda berfikir, beraksi seperti anda beraksi.

Saiz/Dimensi Samsung Galaxy SIII

Antara ciri-ciri Galaxy S III yang berteknologi canggih ini ialah mudah, maju, & bernaluri. Dengan reka bentuk bergaya & berteknologi tinggi di dalamnya, fon pintar ini dikatakan membuat segalanya mudah untuk para pengguna. Anda boleh berkongsi, membuat multi-tugas (multitask), dan berhubung dengan peranti ini yang diberi paparan jelas 4.8” HD Super AMOLED™.





Seperti dijelaskan di atas, fon pintar ini membolehkan anda berkongsi segalanya dengan mudah. Dengan teknologi canggih NFC dan AllShare® Play pramuat (preloaded), isi boleh dihantar segera kepada rakan-rakan dan peranti-peranti lain. Anda juga boleh memuat turun (download) Instagram, Dropbox dan lain-lain bagi membolehkan anda sentiasa terhubung.


Ciri-ciri Lain:

1. S-Beam:

  • Membenarkan anda memindah (transfer) gambar, video, dan dokumen antara dua fon Galaxy S III yang berlainan dengan hanya mendekatkan kedua-duanya. Juga dikatakan laju dan mampu bertindak tanpa bergantung pada rangkaian sel atau Wi-Fi.
                                  
                                  




2. Kongsi gambar:
  • Dengan Buddy Photo Share, anda boleh berkongsi gambar-gambar dengan rakan-rakan anda serta-merta. Anda juga boleh serta-merta berkongsi gambar kepada seluruh kumpulan (group) dengan Share Shot.
                               
                                  



3. AllShare ke mana-mana:
  • Dengan AllShare, anda mudah menghantar segera gambar-gambar atau pelbagai video ke tablet, PC dan TV. Jika anda ingin berkerja dengan dokumen, pembentangan (presentation) atau imej-imej dalam masa nyata (images in real-time), anda bolehlah menggunakan AllShare Group Cast ke Wi-Fi.

     



4. S Voice™, Motion Gestures interaksi pintar 
  • Memiliki kebolehan mengubah sembang teks kepada perbualan atau memulakan panggilan hanya dengan mendekatkan fon ke telinga. Anda juga boleh melakukan pelbagai fungsi seperti cari web,  dan dapatkan jawapan untuk apa saja  dengan mengguna suara anda. Galaxy S III ini turut dipramuat bersama Google Maps, Flipboard dan lain-lain.  






5. Prestasi berkuasa:

  • Kamera: Galaxy S III didatangkan bersama kamera 8.0 megapiksel tanpa 'shutter lag' yang dapat memberi anda kepantasan menangkap gambar sebaik saja anda menekan 'shutter'. Ia dikatakan dapat mengambil hingga 20 tangkapan berterusan dalam beberapa saat dengan Burst Shot. Selain itu, terdapat kamera depan dengan 1.9 megapiksel agar anda boleh mengambil gambar anda sendiri dalam aksi HD.


  • 'Pop up play': Paparan yang begitu jelas dan cantik pada Galaxy S III pasti membuat anda terus-menerus menonton. Dengan Pop Up Play yang merupakan ciri gambar-dalam-gambar memudahkan anda meluncur web atau menyemak emel sambil terus menonton video HD anda. Pendek kata, ia bersifat multi-tugas hingga tahap maksimum dan turut dipramuat dengan Media Hub.

Spesifikasi:


Sistem Operasi (OS)

  • Android 4.0 (ICS)

Paparan

  • HD sAMOLED
  • 16M
  • 4.8"
  • 720 x 1280 (HD)

Warna

  • Biru Kelikir (Pebble blue)
    Putih Marmar (Marble White)

Set Chip

  • Pemproses Aplikasi Quad Core
  • Laju CPU 1.4GHz

Spesifikasi Fizikal

  • 136.6 x 70.6 x 8.6mm
  • 133g

Kamera

  • Resolusi (Belakang) Kamera 8 Megapiksel [ 8 MP Camera Resolution (Rear) ]
  • CMOS, 1.9MP
  • LED (1EA)

Penyambung-penyambung

  • USB2.0
  • 3.5pi 4pole, Stereo
  • MicroSD (hingga 64GB)
  • Micro USB sedia ada
  • MHL sedia ada

Audio dan Video

  • MPEG4, H.264, H.263, VC-1. DivX, VP8, WMV7/8, Sorenson Spark, DivX3.11
  •  HD Penuh (1080p) Rakaman & Ulang-main Video (Video Recording & Playback)
  • Rakaman hingga 30fps
  • MP3, AMR-NB / WB, AAC / AAC+ / eAAC+, WMA, OGG (Vorbis), FLAC, AC-3, apt-X

Bateri

  • 2,100mAh
  • Hingga 1,300 minit (2G) / hingga 650 minit (3G)
  • Hinga 900 jam (2G) / hingga 750 jam (3G)

Penderia-penderia

  • Accelerometer, Geo-magnetic,Gyro, RGB Light,  Barometer sensor

Lokasi

  • GPS berbantu / GLONASS sedia ada


Beberapa Khidmat dan Aplikasi

  • Samsung Apps sedia ada
  • Bergantung pada kawasan
  • Hab Mainan (Game hub)
  • ChatON sedia
  • ActiveSync sedia ada
  • Kesesuaian B-to-B : Sybase/Webex/Device encryption/Cisco dll.

Rangkaian/Pembawa dan Ketersambungan Wayarles

  • GSM, HSPA+21
  • EDGE / GPRS (850 / 900 / 1,800 / 1,900MHZ)
  • HSPA+21 (850 / 900 / 1,900 / 2,100)
  • WiFi Direct
  • GAP, SSP, HSP, HFP1.5, A2DP, SPP, OPP, PBAP, MAP, AVRCP 1.3, HID
  • NFC sedia ada
  • Sokongan DLNA, MHL 1.0, HDMI 2 
  • Sokongan KIES, KIES Air


No comments:

Post a Comment